AntarabangsaHollywood

Peminat Kecewa Elton John Batalkan Konsert Saat Akhir

Kebanyakan peminat setia penyanyi lagenda, Sir Elton John, 71, tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila penyanyi itu membatalkan konsertnya di saat akhir, semalam.

Konsert itu terpaksa dibatalkan 30 minit selepas persembahan itu sepatutnya bermula di Florida, Amerika Syarikat.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil penyanyi itu, mereka menyatakan ia terpaksa dibatalkan kerana Elton berada dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan akibat telinganya dijangkiti kuman.

Menurut jurucakap itu lagi, konsert jelajah Farewell Yellow Brick Road itu akan dijadualkan semula ke suatu tarikh baharu.

Kebanyakan peminat yang sudah memenuhi ruang lokasi konsert berang dengan pengumuman tersebut dan menganggap tindakan penyanyi itu sebagai tidak profesional.

Salah seorang sempat meluahkan perasaannya dengan menulis di Twitter, “Perbuatan membatalkan di saat akhir adalah tidak bertanggungjawab. Saya dah habiskan duit untuk parkir kereta dan bilik hotel, hanya untuk dikhabarkan yang konsert ini dibatalkan selepas 25 minit ia sepatutnya dijadulkan berlangsung.” – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button