AntarabangsaKpop

Peminat Song Joong Ki Buat Kutipan Derma

Pada tanggal 19 September yang lalu, bintang K-Pop Song Joong Ki baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32. Ternyata dia menyambutnya dengan cara yang sederhana bersama-sama keluarga dan sahabat terdekat.

Bagaimanapun, sesuatu yang unik telah dilakukan oleh peminat Joong Ki untuk hadiah hari jadinya. Para peminatnya membuat kutipan derma untuk golongan kanak-kanak yang menghidap leukemia atas nama artis berkenaan sehingga berjaya mengumpulkan derma sebanyak 19.8 juta won (RM73,282).

“Kami memberikan sokongan kepada Song Joong Ki dengan cara membuat kutipan derma. Kami mendapat tahu dia memberi perhatian kepada kanak-kanak yang menghidap leukimia menerusi Korea Childhood Leukemia Foundation sejak 2011.

“Jadi, kami berharap dengan sumbangan kecil ini dapat membantu kanak-kanak ini mendapat rawatan yang terbaik demi kesihatan mereka,” ujar wakil peminat yang dikenali Ki Aile.

Jumlah derma yang terkumpul iaitu sebanyak 19,850,919 won itu diambil dari tarikh lahir pelakon berkenaan yang jatuh pada 19 September 1985. Derma tersebut akan digunakan untuk keperluan perubatan yang biasanya mencecah kos yang agak tinggi.

Ki Aile mula membuat kutipan derma berkenaan pada bulan September 2016. Sepanjang setahun berjalan, fanbase aktor sudah tiga kali memberikan sumbangan.

Jumlah donasi 19.850.919 won diambil dari tanggal lahir sang aktor, yakni 19 September 1985. Dana ini rencananya Ini akan digunakan untuk kebutuhan medis, termasuk transplantasi yang biasanya membutuhkan biaya tak sedikit. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button