AntarabangsaKpop

Penduduk Indonesia Bantah Tayangan Iklan Seksi Shopee Blackpink

Penduduk Indonesia baru-baru ini melancarkan petisyen untuk menghalang penyiaran iklan Shopee yang menampilkan kumpulan popular Korea Selatan, Blackpink.

Sehingga kini dilaporkan lebih 98,000 orang sudah menandatangani petisyen tersebut.

Petisyen tersebut dimulakan oleh seorang pensyarah kewartawanan di Universiti Padjadjaran, Bandung iaitu Maimon Herawati yang membangkitkan perkara itu kepada Badan Penyiaran Indonesia.

Dia memberikan alasan iklan itu terlalu seksi dengan penampilan ahli kumpulan Blackpink yang memakai skirt pendek dan baju terdedah. Malah Maimon turut mempersoalkan kenapa iklan itu turut ditayangkan pada program yang melibatkan rancangan kanak-kanak.

“Iklan Shopee yang menampilkan Blackpink banyak kali disiarkan ketika rancangan kanak-kanak sedang ditayangkan. Apa mesej yang mahu anda sampaikan kepada kanak-kanak yang masih suci hati nurani mereka ini?

“Adakah mengeksploitasi tubuh badan wanita suatu perkara yang dibenarkan di sini?” kata Maimon.

Blackpink yang dianggotai Jisoo, Jennie, Lisa dan Rose mencipta populariti di kalangan peminat seluruh dunia dengan lagu DDU-DU DDU-DU. Terbaharu, mereka tampil berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa, Dua Lipa menerusi lagu Kiss and Make Up. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button