• FOLLOW US
Event, Filem, Hiburan

Penerbit Yakin Filem M4M4 Mampu Gegarkan Pawagam 2019

Pemilik rumah produksi Da Motion Media, Mokharul Shamsul Mokhtar percaya filem kedua terbitan syarikatnya, M4M4 mampu menggegarkan pawagam menjelang tahun hadapan.

Menurut Mohkharul dia percaya kerana filem yang bergenre horror thriller itu membawa satu sisi penceritaan mengisahkan dendam seorang ibu terhadap anaknya yang telah mati kerana dirogol dan dibunuh dengan kejam oleh individu tidak bertanggungjawab.

M4M4 yang akan diarahkan Eyra Rahman membariskan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Nizam Zaidi, Ku Hariz, Bella Dowanna, Eyra Razali dan Izzy Reef.

“Selepas penerbitan filem pertama, Jodoh Syaitan, kali ini Da Motion Media tampil dengan filem kedua, M4M4. Saya masih lagi mengekalkan genre horror thriller kerana saya memang suka cerita-cerita seram.

“Ketika membaca skrip filem ini saya memang dah bayangkan watak Mama akan diberikan kepada Nabila Huda. Akhirnya memang tercapai impian saya untuk dapatkan khidmat Nabila.

“Kedua-dua filem Jodoh Syaitan dan M4M4 akan ditayangkan tahun hadapan dan harapnya ia akan mendapat sambutan hangat daripada peminat filem tempatan,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Mokharul ditemui pada majlis doa selamat dan pelancaran filem M4M4 di Hotel Summit City Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

M4M4 mengisahkan tentang seorang gadis berusia 15 tahun, Alya yang telah mati dibunuh dan dirogol dengan kejam oleh tiga pemuda bermasalah. Ibunya, Aini bersumpah akan menuntut bela di atas kematian Alya termasuk menghantui kehidupan pembunuh tersebut. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend