DramaTV

Pengarah Dedah Barisan Penyanyi Mini Album OST Drama Nur 2

Pengarah drama Nur 2, Shahrulezad Mohameddin telah memperkenalkan barisan penyanyi dan komposer yang bakal memeriahkan lagu OST Nur 2 pada kali ini.

Menerusi laman Instagram, Shahrulezad telah memuat naik gambar barisan penyanyi iaitu Indah Ruhaila, Marsha Milan, Megat Mentor, Amylea dan komposer Roman bagi single terbaharu Nur 2 berjudul Tetap Kamu.

“Introduce guy. Barisan penyanyi yang akan memeriahkan OST utk Nur2 kali ini. Ada Megat Mentor, Indah Ruhaila, Marsha, Amylea dan Roman.

“Apa yang abang boleh katakan ada lima lagu baru yang dibuat khas untuk drama Nur 2 kali ni yang dihasilkan daripada air tangan Amylea Azizan dan Farouk Abdul Razak selaku komposer dan penulisnya,” ujar pengarah berkenaan.

Terdahulu, Amylea dan Kaer pernah bergandingan bersama dalam lagu OST Nur pada tahun lepas berjudul Tak Pernah Hilang.

“Pertama kali abam dengar kelima-lima lagu ni abam terus jatuh hati dan ‘goosebumps’. Hmmm…tak sabar nak kasik korang dengar sama. Just tunggu ajer kemunculan mini album OST Nur 2 ni guys,” tulisnya.

Drama Nur 2 bakal ditayangkan pada bulan Mac nanti dan masih mengekalkan barisan pelakon asalnya termasuk Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Nor Khiriah, Datuk Jalaluddin Hassan, Raja Atiq dan Fatimah Abu Bakar. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button