
Penyanyi Asal Bobo Di Mana Kecewa Lagu Diciplak Tanpa Kebenaran
Penyanyi asal lagu Bobo Di Mana, Roy Ricardo melahirkan rasa marah dan kecewa di atas karyanya yang dipercayai digunakan tanpa meminta kebenaran daripadanya terlebih dahulu.
Lagu Bobo Di Mana yang kini menjadi siulan hangat di kalangan masyarakat Malaysia dinyanyikan oleh usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri, Nur Sajat dan penyanyi dari Indonesia, Lucinta Luna.
Menurut Roy yang merupakan seorang penyanyi dan rapper dari Indonesia, mereka menggambil lagu ciptaan dan mengolahnya tanpa bertanyakan kepada pihaknya dahulu.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan, Roy membuat perbandingan di antara versi Bobo Di Mana nyanyiannya dan satu lagi yang dinyanyikan oleh tiga selebriti itu.
“Tolong kembalikan 30 saat bermakna saya yang telah disia-siakan! Lucinta Luna yang telah memakai jargon saya, tagline saya dan lagu saya, saya ingin menyatakan yang lagu ini adalah lagu saya. Tolong minta izin saya dahulu sebelum menggunakannya,” katanya.
Sebelum ini lagu Roy yang berjudul Semalam Sahur Di Mana turut pernah digunakan oleh penyanyi baharu Andi Bernadee sebagai single pengenalannya.
Namun, Andi dan pihak pengurusannya telah mendapatkan kebenaran daripada Roy terlebih dahulu sebelum menggunakannya lagu tersebut.
Sebelum ini, lagu Bobo Di Mana nyanyian Aliff, Sajat dan Luna mendapat kecaman hebat daripada netizen gara-gara aksi tarian ‘lucah’ yang digayakan mereka tidak sesuai ditonton kanak-kanak. – KopiPlanet.com



