
“Perceraian Adalah Yang Terbaik Sekarang…” – Bella Astillah Nekad Mahu Bercerai Dengan Aliff Aziz
Pelakon popular, Bella Astillah nekad dengan keputusan untuk bercerai dengan Aliff Aziz setelah suaminya berhadapan kontroversi ditangkap khalwat dengan Ruhainies.
Menerusi laporan Harian Metro, Bella yang hadir bagi kes sebutan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor.
“Kali ini saya nekad untuk bercerai. Saya kira perceraian adalah yang terbaik sekarang. Sudah banyak peluang diberikan pun.
“Saya harap Aliff dapat memberikan kerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini,” ujarnya.
Bella atau pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah memaklumkan dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah sama, kelmarin.
Ujarnya, selepas beberapa kali peluang diberikan, perceraian adalah jalan terakhir setelah suaminya itu ditangkap khalwat baru-baru ini.
Sementara itu, ketika ditemubual Melodi pula, Bella menyatakan dia tidak akan menghalang Aliff untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.
“Saya dah cakap dengan Aliff, awak sentiasa boleh berjumpa dengan anak-anak. Saya takkan tetapkan apa-apa syarat untuk berjumpa dengan anak-anak,” ujarnya.
Terdahulu, Bella dan Aliff pernah bercerai pada Mei 2019 namun rujuk semula pada tahun sama ketika masih dalam tempoh edah. – KopiPlanet.com
Kredit artikel: Harian Metro