AntarabangsaHollywood

Perkahwinan Lebih 20 Tahun Robert De Niro Akhirnya Berkecai

Selepas lebih 20 tahun mendirikan rumah tangga, rumah tangga aktor veteran Robert De Niro tidak dapat diselamatkan lagi apabila dia sahkan bercerai dengan isterinya, Grace Hightower baru-baru ini.

Menurut laporan Page Six, Robert, 75, sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Grace serta anak permepuan mereka yang berusia tujuh tahun, Helen.

Kepincangan rumah tangga Robert mula dikesan apabila Grace tidak lagi menemaninya ke mana-mana majlis anugerah dan keraian di Hollywood.

Kisah cinta pasangan ini bermula pada awal tahun 90-an di London. Pada 1997, Robert dan Grace berkahwin dan dikurniakan anak pertama, Elliot yang kini berusia 20 tahun.

Robert pada tahun 1999 pernah memfailkan cerai serta menuntut hak penjagaan anak namun akhirnya mereka berbaik semula sebelum sempat menandatangani surat penceraian.

Mereka kemudian memperbaharui ikrar perkahwinan pada 2004 sebelum dikurniakan anak kedua, Helen pada 2011. Helen dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang.

Selain Elliot dan Helen, Robert turut mempunyai tiga lagi anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raphael dan kembar Aaron Kendrick dan Julian Henry. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button