Cerita ArtisHiburan

Perkahwinan Nazim Othman, Bella Dally Akhirnya Terlerai

Perkahwinan yang dibina pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally akhirnya terlerai selepas aktor itu berkongsikan mengenai perpisahan mereka di laman Instagramnya sebentar tadi.

Menurut Nazim, keputusan berpisah dibuat atas persetujuan bersama. Walau bagaimanapun, Nazim tidak mendedahkan punca penceraian yang berlaku di antara mereka.

“Saya dengan rasa berat hati dan dukacita ingin memaklumkan bahawa di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella Dally telah berakhir.

“Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini,” tulisnya.

Sementara itu, Bella turut memuat naik satu entri di Instagram dengan mengatakan kedua-dua mereka sudah sehabis baik cuba menyelamatkan perkahwinan namun reda dengan perpisahan yang terjadi.

Bella, 27, turut tidak mendedahkan punca keruntuhan rumah tangga mereka kepada umum.

Aktres kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu juga turut mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan keluaga, rakan dan peminat sepanjang dirinya melalui masa sukar ini.

Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September 2016. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button