Cerita ArtisHiburan

Positif Influenza A & B, Raf Yaakob Syukur Anak Kembali Sihat

Pelakon dan suami kepada aktres Mawar Rashid, Raf Yaakob menerusi laman sosial peribadinya telah melahirkan rasa syukur apabila kedua-dua anaknya kembali sihat.

Berita itu dikongsi sejurus anak-anaknya, Raden Ahmad Rayyan, 8, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4, sudah dibenarkan keluar setelah menerima rawatan di hospital beberapa hari lalu.

Menurut Raf, Rayyan telah disahkan positif influenza A manakala adiknya pula disahkan menghidap infuenza B.

“Alhamdulilah, my 2 Radens @radenrayyan & @raysaachanela dah keluar hospital .

“Memang tengah musim influenza A & B sekarang ini. Best if you all get a flu vaccination done. If demam panas you on/off for more than a day, cepat-cepat jumpa Doctora” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sementara itu, Raf turut berpesan kepada ibu bapa di luar sana agar cepat mendapatkan vaksin selsema serta rawatan segera jika diserang demam panas.

Rayyan dan Chanela merupakan hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas isteri. Terkini Raf bernikah dengan Mawar pada 9 November 2017 dan aktres itu sedang sarat mengandung tujuh bulan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button