AntarabangsaBollywood

Preity Zinta Buat Kemunculan Semula, Tampil Filem Baru

Setelah hampir beberapa tahun ‘bersara’ daripada bidang lakonan, akhirnya pelakon Preity Zinta, 43, membuat kemunculan semula menerusi filem terbaharunya, Bhaiaji Superhit.

Filem yang akan ditayangkan pada 19 Oktober di seluruh India itu diarahkan oleh Neeraj Pathak.

Selepas mendirikan rumah tangga dengan warga negara Amerika Syarikat, Gene Goodenough pada Januari 2016 Preity tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana berhijrah mengikut suaminya ke negara Uncle Sam.

Kemunculan semula Preity turut diraikan pengarah popular, Karan Johar yang teruja dengan perkhabaran tersebut. Malah Karan sempat menulis twit berbunyi, “”Preity!!! Gembira melihat anda sudah kembali.”

Preity yang merupakan heroin seangkatan dengan Kajol dan Karisma Kapoor cukup popular dengan seleksi filem seperti Dil Se, Chori Chori Chupke Chupke dan Koi…Mil Gaya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button