• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Projector Band Kini Kembali Dengan Single Akhirnya Ku Tahu

Kumpulan yang cukup terkenal dengan lagu Sudah Ku Tahu, Projector Band kini tampil dengan single terbaharu mereka berjudul Akhirnya Ku Tahu.

Akhirnya Ku Tahu merupakan melodi yang digubah Razif manakala liriknya oleh Jimie, yang mana kedua-duanya merupakan anggota kumpulan Projector Band.

Lagu ini mengisahkan tentang percintaan yang terputus di tengah jalan setelah wanita yang dicintainya mula berubah sikap dan curang.

Akhirnya Ku Tahu terbitan dan edaran Media Asia Production (Map Music) ini sudah menemui pendengar dan anda boleh dapatkannya di semua platform digital muzik.

Selain Razif dan Jimie, kumpulan itu turut disertai Iskandar, Isnaidi, Ahmad Khusairi dan Syafiq. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend