AntarabangsaKpop

Putus Jua, Song Joong-Ki Fail Cerai Terhadap Song Hye-Kyo

Pelakon Song Joong Ki dilaporkan telah memfailkan penceraian terhadap isterinya, aktres Song Hye-kyo semalam.

Perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakili Joong Ki dengan mengatakan, “Firma kami telah memfailkan penceraian bagi pihak Song Joong-ki di Mahkamah Keluarga Seoul pada 26 Jun.”

Joong Ki turut tampil dengan kenyataan medianya meminta maaf kepada peminat sambil menjelaskan keadaan sebenar.

“Pertama sekali saya ingin memohon maaf untuk menyampaikan khabar dukacitanya ini kepada peminat yang sentiasa menyayangi dan ambil berat tentang saya.

“Saya telah memulakan proses memfailkan penceraian terhadap Song Hye-kyo. Saya harap proses ini akan berlangsung lancar tanpa ada mana-mana pihak bergaduh siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini.

“Saya mengharapkan anda semua memahami ia sukar bagi saya untuk memberikan maklumat terperinci mengenai kehidupan peribadi saya. Saya akan bangkit kembali daripada ‘kejatuhan’ ini dan akan melakukan kerja sebagai seorang pelakon dengan lebih baik lagi bagi menghargai semua sokongan anda terhadap saya,” tulis Joong Ki.

Sebelum ini khabar angin bertiup kencang mendakwa perkahwinan pasangan ini sedang bermasalah apabila Hye-kyo dilihat tidak memakai cincin perkahwinan di beberapa majlis umum.

Pasangang yang digelar ‘Song Song Couple’ ini berkahwin dalam satu majlis perkahwinan yang cukup meriah dan mewah pada 2017 yang mana ia turut dihadiri ramai rakan artis popular seperti Zhang Ziyi, So Ji-sub, Yoo Ah-in dan Minho Shinee.

Mereka mula berpacaran selepas digandingkan bersama menerusi drama Descendants of The Sun pada 2016. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button