
Raja Ilya Akhirnya Dedahkan Gambar Perkahwinan Di Instagram
Seperti semua yang sedia maklum, aktres Raja Ilya sudah pun selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 Disember lalu di Perth, Australia.
Rata-rata peminat sudah tidak sabar untuk melihat gambar perkahwinan Raja Ilya dengan suaminya, usahawan kelahiran Australia yang dikenali sebagai Trent Garrett.
Hari ini, aktres berusia 33 tahun itu akhirnya berkongsi gambar hari bahagianya itu di laman Instagramnya, sebentar tadi.
Menerusi foto tersebut, aktres berusia 33 tahun itu kelihatan jelita memakai busana moden berona putih yang dihiasi perincian renda sementara suaminya kacak menggayakan persalinan sut biru.
“Saya sangat terharu dengan dan bersyukur dengan segalanya. Terima kasih saya ucapkan kerana menjadi sebahagian daripada majlis ini. Terima kasih di atas semua ucapan, hadiah dan doa daripada kalian,” tulis Raja Ilya.
Sebelum ini, pereka gaun perkahwinan aktres itu, Raffiey Nasir terlebih dahulu berkongsi gambar di Instagramnya yang menunjukkan pelakon itu sudah sah bergelar isteri.
Rata-rata peminat mengucapkan tahniah di atas berita gembira tersebut dan mendoakan kebahagiaan pasangan suami isteri baharu itu! – KopiPlanet.com





