AntarabangsaHollywood

Rimas Dengan Lelaki, Rihanna Putus Cinta Dengan Jutawan Saudi

Penyanyi Rihanna dilaporkan sudah putus cinta dengan jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel.

Memetik sumber Harper Bazaar, Rihanna dikatakan meminta perhubungan itu putus kerana sudah ‘letih’ bercinta.

“Tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tidak alasan itu menjadi punca perpisahan tersebut.

“Hubungan mereka baik-baik sahaja tapi ia sudah berakhir. Rihanna memutuskan hubungan mereka. Itu memang kepakarannya dan mungkin penyanyi itu sudah mula penat bercinta,” kata sumber itu.

Kesibukan kerjaya juga dikatakan punca kenapa Rihanna mahu menamatkan percintaannya dengan pewaris perniagaan Toyota Arab Saudi itu.

Ini kerana selepas ini Rihanna akan mula sibuk dengan rangka promosi drama Ocean’s 8 yang dilakonkannya bersama Cate Blanchett dan Sandra Bullock.

Selain itu, dia juga akan melancarkan jenama pakaian dalamnya sendiri, Savage X Fenty dan memantau perniagaan produk kecantikan, Fenty Beauty yang kini semakin mendapat perhatian peminat dari seluruh dunia.

Rihanna dan Hassan mula berpacaran sejak Jun tahun lalu ketika mereka dilihat bermesraan ketika bercuti di Sepanyol. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button