Cerita ArtisHiburan

Risau Kematian Mengejut, Alif Satar Dah Siap Buat Wasiat

Kematian mengejut beberapa rakan selebriti sejak kebelakangan ini turut membuatkan penyanyi dan pengacara Alif Satar, 30, risau mengenai nasib dan masa depan keluarganya.

Susulan perkara itu, Alif mendedahkan dia sudah membuat wasiat bagi memudahkan isteri dan anak-anaknya untuk meneruskan kehidupan selepas ketiadaannya.

“Orang selalu cakap biar dulu (tangguh buat wasiat), tetapi sepatutnya kita perlu buat wasiat siap-siap. Saya sebenarnya tidak berapa pandai buat benda ini tapi ia tetap perlu dibuat.

“Nabi Muhammad pun pernah berpesan setiap manusia yang hidup perlu membuat wasiat sebelum mereka menutup mata. Selain wasiat, saya pun mengambil insurans sejak anak pertama lahir sebab kita tidak tahu sampai bila kita akan hidup di dunia ini.

“Kita kena tingkatkan lagi kesedaran di kalangan masyarakat kita mengenai kepentingan mengambil insurans sebab ia penting untuk isteri dan anak-anak selepas ketiadaan kita nanti,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Family Spy yang berlangsung di Great Eastern Mall, Kuala Lumpur semalam.

Menurut Alif lagi, beberapa kes kematian akibat serang jantung yang menyerang generasi muda sejak kebelakangan ini membuatkan dia lebih bersemangat untuk menyeru orang ramai agar sentiasa mengambil berat mengenai soal kesihatan.

Sehubungan itu, bapa kepada tiga cahaya mata itu telah menjalinkan kolaborasi dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi menggerakkan kempen kesedaran kepada orang ramai mengenai kesihatan jantung.

“Program kerjasama itu merupakan satu kempen yang dibuat melalui saluran Youtube saya untuk memberitahu dan mendidik masyarakat di luar sana tentang perlunya kita menjaga enjin (jantung).

“Saya jadi seperti tikus makmal (lab rat), jantung saya jadi bahan uji kaji tentang bagaimana sebenarnya jantung berfungsi dan baru-baru ini saya menjalani ujian yang dipanggil VO2 Max.

“Ada banyak kes orang muda terutamanya lelaki meninggal kerana serangan jantung. Diharapkan program ini akan dapat beri lebih kesedaran untuk kita semua menjaga kesihatan dengan lebih baik lagi selepas ini,” ujarnya lagi.

VO2 Max merupakan satu index terbaik untuk melihat sejauh mana kemampuan ketahanan pernafasan seseorang individu apabila menjalani sesuatu latihan kecergasan yang sistematik.

Alif mendirikan rumah tangga dengan Shadila Halid pada 15 September 2014 dan hasil perkahwinan, penyanyi lagu I Want You To Love Me itu dikurniakan tiga anak, Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3, dan Muhammad ‘Ali yang kini berusia lima bulan. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Alif Satar

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button