FilemHiburan

Rise Ini Kalilah Papar 6 Cerita Bertemakan Semangat Cintakan Negara

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Kebangsaan tahun ini, sebuah filem yang mengangkat tema perpaduan dan kecintaan pada negara iaitu Rise Ini Kalilah (Rise) akan ditayangkan bermula 13 September ini.

Filem ini membawa penonton menyusuri latar kehidupan sebagai rakyat Malaysia yang bergabung tenaga demi matlamat untuk melahirkan rasa kasih terhadap negara.

Kisah enam individu berlainan plot cerita itu berlatarkan tarikh keramat 9 Mei 2018 yang membawa perubahan besar kepada seluruh rakyat negara ini.

Rise yang diterbitkan WebTVAsia ini juga unik kerana ia diarahkan oleh tiga pengarah berlainan bangsa iaitu Nik Amir Mustapha, Saw Teong Hin dan Prem Nath yang mewakili rakyat Malaysia secara menyeluruh.

Menurut penerbitnya, Fred Chong, filem ini digarap sempena semangat kebangkitan kuasa rakyat untuk Malaysia baharu.

“Saya berharap seluruh rakyat Malaysia akan menonton filem ini dan mengimbas semual detik bersejarah itu dan terus mengingatinya sebagai satu permulaan perjalanan kita untuk menjadi sebuah negara yang lebih maju, aman dan makmur,” kata Fred.

Rise dibintangi barisan pelakon hebat seperti Remy Ishak, Mira Filzah, Sangetta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Taran, Mark O’Dea, Sharifah Sakinah, Yana Samsudin, Datuk Jalaluddin Hassan, Tony Eusoff dan Pusha Narayan.

Ia akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 13 September ini. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Rise Ini Kalilah

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button