Cerita ArtisHiburan

Road To The Dream – Elly Mazlein Dah Selamat Bernikah?

Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen apabila berkongsikan sekeping gambar di laman Instagramnya, memaparkan foto gaun perkahwinan berwarna putih dengan hiasan dekorasi bunga di sekelilingnya.

Menerusi foto itu, Elly menulis Alhamdulillah beserta kapsyen ,”Alhamdulillah, Congratulations Sayang” dengan tanda pagar RoadToTheDream.

Perkongsiannya itu memberikan bayangan seolah-olah dirinya sudah sah bergelar isteri kepada jejaka idaman hatinya yang sehingga kini masih menjadi misteri.

Malah, pada gambar yang dimuat naik itu penyanyi berkenaan turut mendapat ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis.

Elly sebelum ini menerusi temubual dengan KopiPlanet.com berkata bakal mengadakan majlis pertunangan sebaik selesai majlis Anugerah Bintang Popular ke-32 yang bakal berlangsung pada 22 September ini.

Penyanyi lagu Usah Disimpan Bara Yang Tersimpan itu menjalin hubungan dengan seorang jejaka kelahiran Kelantan berusia 28 tahun.

Elly berkata dia bakal mengadakan lima majlis untuk hari bahagianya nanti termasuk majlis merisik, pertunangan, berinai, akad nikah dan majlis sidang media bagi memberikan keterangan lanjut mengenai majlisnya nanti.

Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia tiga tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button