• FOLLOW US
Event, Hiburan

Rockaway Fest 2020 Dibarisi Penghibur Antarabangsa AS, Jepun & Australia

Festival rock terbesar, Rockaway Fest 2020 kini kembali mengegarkan peminat muzik rock tanah air. Membariskan nama-nama besar termasuk kumpulan berasal dari Amerika Syarikat, Atreyu dan Jepun iaitu Crossfaith, Rockaway Fest 2020 akan diadakan pada 14 dan 15 Mac ini bertempat di kawasan letak kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain itu, kumpulan rock Australia, Hands Like Houses juga turut menggegarkan pentas utama buat kali pertama kali di Asia.

Tidak dilupakan pemuzik tanah air, beberapa kumpulan popular tempatan turut menghiasi pentas Rockaway seperti Hujan, Death Cab For Cutie dan Kyoto Protocol.

Kekal utuh mencipta nama dalam industri muzik selama 40 tahun, Datuk M. Nasir adalah sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Datuk M. Nasir bakal menggamatkan lagi pentas dengan persembahan lagu-lagu popular beliau yang menjadi siulan ramai seperti Mentera Semerah Padi dan Tanya Sama Hud-Hud.

Untuk informasi lanjut mengenai Rockaway Fest 2020 dan cara-cara pembelian tiket, lawati laman Instagram @rockawayfest. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend