Cerita ArtisHiburan

Sah Cerai, Ziana Zain Tak Simpan Dendam Terhadap Bekas Suami

Setelah melalui beberapa episod kemelut rumah tangga, penyanyi Ziana Zain akhirnya sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53.

Armin melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Mohd Nizar Mokhtar tepat jam 2.48 petang di Kompleks Mahkamah Rendah Syarie Shah Alam hari ini.

Ziana yang ditemui pihak media sejurus itu berkata dia bersyukur segalanya sudah selesai dan fokusnya kini hanyalah terhadap keempat-empat anaknya.

“Alhamdullillah, syukur kepada Allah semua sudah selesai. Saya tak tahu nak rasa apa. Saya sendiri pun tak mampu merasakan air mata sendiri pada saat ini.

“Fokus saya kini adalah pada anak-anak. Walaupun tiada lagi ikatan, saya tidak menyimpan dendam pada bekas suami sebab saya memang bukan jenis orang seperti itu. Saya dah lama maafkan dia,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Penyanyi Madah Berhelah itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, Muhammad Ammar, 14, dan pasangan kembar, Mohamad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 10.

Konflik rumah tangga mereka tercetus selepas Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain , 50, membuat laporan polis berhubung dakwaan bekas suami mendera anak ketiga mereka, Februari lalu.

Sebelum ini, Armin enggan menceraikan Ziana walaupun penyanyi itu telah menfailkan permohonan cerai pada 3 April lalu.

Ziana hadir ke mahkamah ditemani adiknya, penyanyi Anuar Zain.

Sementara itu, Anuar melahirkan rasa syukur perkara itu dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Saya bersyukur bagi pihak keluarga. Terima kasih dan doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak,” katanya.

Perkahwinan Ziana mencatat sejarah negara apabila menjadi selebriti pertama majlis persandingannya disiarkan secara langsung di sebuah stesen televisyen. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button