Cerita ArtisHiburan

Sambut Menantu Kedua, Rosyam Nor Tak Campur Soal Jodoh Anak

Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor mendedahkan dia bakal menerima seorang lagi menantu lelaki hari ini apabila anak kedua aktor berbakat besar ini, Nur Anis, 26, bakal dinikahkan dengan jejaka pilihan hatinya yang berusia 29 tahun di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Rosyam, dia menerima dengan terbuka sesiapa sahaja jodoh anak-anaknya dan tidak mencampuri urusan itu kerana ia adalah hak mutlak anak-anaknya untuk memilih bakal pasangan hidup mereka sendiri.

“Itu anak saya yang nak kahwin, bukannya saya. Saya percaya pada jodoh, kalau dia memilih individu tersebut jadi baik buruk haruslah ditanggung dan diterima sendiri.

“Saya menjaga dia sehingga dewasa dan kini dia bakal memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Alhamdulillah, ada pihak yang inginkan anak saya, kalau tak ada lagi saya pening,” katanya berseloroh kepada KopiPlanet.com.

Rosyam ditemui pada majlis pratonton filem terbaharu lakonannya, Motif yang berlangsung di MM2 Cineplexes, E-Curve, Mutiara Damansara, semalam.

Selain Rosyam, filem arahan Nadiah Hamzah itu turut dibintangi Sharifah Amani, Taqim Zaki, Iedil Dzuhrie Alauddin, Azhan Rani dan Emma Tosh. Motif bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 26 September ini.

Untuk majlis perkahwinan anak keduanya ini, Rosyam berkata mereka sekeluarga akan mengadakan majlis resepsi secara sederhana bagi meraikan hari bahagia anaknya.

“Majlis resepsi akan diadakan pada hari Sabtu diikuti dengan majlis di sebelah pihak lelaki pada minggu hadapan.

“Ini majlis perkahwinan anak saya yang kedua. Untuk kali ini majlis hanya dibuat secara sederhana memandangkan ekonomi sekarang tidak berapa bagus,” ujarnya lagi.

Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin berkahwin dengan Datin Runika Mohd Yusof pada 1989 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button