AntarabangsaKpop

Sandara Park Dedah Hanya Pernah Bercinta Dengan Selebriti

Sepanjang berkecimpung selama 11 tahun dalam bidang seni, penyanyi Sandara Park mendedahkan dia hanya pernah bercinta dengan rakan artis berbanding berpacaran dengan lelaki daripada luar industri.

Sandara memulakan kariernya dengan menyertai kumpulan 2NE1 ketika dia berusia 25 tahun. Namun sebelum itu, dia terlebih dahulu telah berjaya mencipta nama di Filipina dengan album mini terjual sebanyak 100,000 unit serta berlakon dalam beberapa buah filem.

“Saya terjun dalam industri hiburan Korea pada usia 25 tahun dan sejak itu saya hanya pernah bercinta dengan selebriti sahaja.

“Kebanyakan bekas teman lelaki sama macam saya iaitu seorang penyanyi. Bila kami ada program rakaman, ia adalah perkara biasa jika kami saling bertukar pandangan dan kemudian jatuh cinta.

“Saya ada tips rahsia bagaimana nak elak orang daripada tahu dengan siapa saya sedang bercinta. Biasanya kami hanya berdating dalam kereta selain itu, kami juga tidak makan bersama di tempat awam dan ia menyebabkan saya sentiasa kelaparan,” gurau Sandara.

Sandara membuat pendedahan itu ketika menjadi tetamu program hiburan terbitan MBN iaitu Hun Man Jung Eum, baru-baru ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button