Cerita ArtisHiburan

“Saya Berani Bersumpah Tidak Pernah Minum Arak” – Ara Johari

Penyanyi Ara Johari sekeras-kerasnya menafikan tentang dakwaan tentang dirinya dikatakan mengambil minuman keras sehingga menjadi punca dia menarik diri saat akhir daripada menjayakan sebuah program televisyen baru-baru ini.

Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari berkata, dia juga berani bersumpah bahawa dia tidak pernah mengambil minuman keras ataupun berada di bawah pengaruh dadah seperti dakwaaan segelintir pihak.

“Saya berani bersumpah yang saya memang tidak pernah sentuh minuman berasaskan alkohol, apatah lagi barang-barang terlarang seperti dadah.

“Memang saya ada dengar mengenainya dan sedikit kecewa dengan dakwaan tidak berasas seperti ini. Namun begitu, mulut orang saya tidak boleh tutup. Yang penting saya dan keluarga tahu yang saya tidak pernah sentuh benda-benda seperti itu,” kata Ara.

Penyanyi berkenaan berkata demikian semasa majlis pelancaran kempen ‘Malaysiaku, Kita Selamat Bersama’ bersempena bulan kemerdekaan kendalian Astro.

Jelasnya, terdapat segelintir pihak sewenang-wenangnya membuat tuduhan dirinya ‘kaki minum’ disebabkan fizikalnya yang kurus.

“Saya tidak tahu mengapa orang tuduh saya kaki minum atau ambil ‘barang’ hanya kerana saya kurus. Berat badan saya sekarang 48 kilogram.

“Biarlah apa yang orang ingin kata kerana saya tahu kalau mereka sudah penat nanti, mereka akan berhenti bercakap dan diam. Seperti yang saya cakap tadi, keluarga dan orang sekeliling lebih tahu siapa saya macam mana,” katanya.

> Baca: Gara-Gara Salah Beli Sandwich, Fazura Merajuk Dengan Suami

Ditanya adakah dakwaan tersebut turut berpunca daripada pergaulan sosial dirinya dengan orang-orang yang menjurus ke arah tuduhan sebegitu Ara tidak menafikan bahawa dia memang mempunyai rakan-rakan yang agak sosial termasuk mengambil minuman keras.

“Saya berkawan dengan semua orang dan memang ada kawan yang suka bersosial dan minum (arak), tetapi kita yang tentukan diri sendiri. Kita yang membentuk diri kita bagaimana,” jelasnya.

Terdahulu, Ara memberi alasan terpaksa membatalkan saat akhir daripada terlibat dengan satu program televisyen disebabkan masalah semput.

Katanya, apabila diserang semput, dia mendapatkan rawatan menggunakan mesin nebulizer. Namun, dalam situasi Covid-19 yang masih belum reda, doktor tidak menggalakkan Ara menggunakan kaedah itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button