Cerita ArtisHiburan

Saya Beruntung Ada Adik Bergelar Doktor – Farid Kamil

Pelakon Farid Kamil mengakui membawakan watak seorang doktor bedah dalam filem terbaharu lakonannya, Pinjamkan Hatiku bukanlah satu karakter yang mudah. Namun, menurut aktor berusia 35 tahun itu dia banyak mengambil input pembawakan seorang doktor menerusi pemerhatian terhadap adiknya yang merupakan seorang doktor.

“Ia satu watak yang baharu bagi saya. Menjadi watak Dr Hasnan ini bukan satu benda yang mudah.

“Watak seorang doktor bedah ini, dia kena memerlukan pemikiran-pemikiran yang tertentu terutama dari segi percakapan dan gaya hidup mereka.

“Saya beruntung kerana ada adik-beradik yang merupakan seorang doktor, jadi dengan lihat gaya seharian mereka, gaya percakapan mereka, itu sedikit sebanyak memberi saya input dalam menterjemahkan watak Dr Hasnan,” katanya ketika ditemui KopiPlanet.com pada malam gala Pinjamkan Hatiku di GSC Pavilion, baru-baru ini.

Menerusi Pinjamkan Hatiku, Farid membawakan watak seorang doktor bedah bernama Dr Hasnan yang jatuh hati pada seorang gadis, Laila Safitri lakonan Ayda Jebat.

Pinjamkan Hatiku merupakan filem arahan Osman Ali yang memaparkan pengorbanan cinta di antara Naufal (Shaheizy Sam), Laila Safitri (Ayda Jebat) dan Dr Hasnan.

Pergolakan cinta tiga segi ini melalui pelbagai konflik yang mampu membuatkan air mata penonton mengalir melihatkan beberapa babak-babak yang sangat meruntun perasaan dalam naskhah terbaharu pengarah popular ini.

Pinjamkan Hatiku bakal menjengah pawagam bermula 30 November ini di 109 pawagam seluruh negara.

Filem ini diterbitkan Aurawhite dengan kerjasama Nuansa Film.

Selain Farid, Sam dan Ayda, filem ini turut dibintangi Lia Natalia, Normah Damanhuri, Azizah Mahzan dan Lynn Al-Khaired.- KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button