Cerita ArtisHiburan

“Saya Kahwin Bukan Sebab Gelaran Datin” – Elvina Mohamad

Pelakon sedang meningkat naik, Elvina Mohamad menafikan gelaran datin menjadi punca dia mahu segera mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Datuk Mohd. Haniff Borhan yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Elvina berkata, dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada 18 Mac ini kerana melihat keikhlasan kekasihnya itu sewaktu melamarnya.

“Kalau nak kata saya berkahwin kerana gelaran datin tidak juga kerana kami sudah bercinta sejak dia belum mendapat gelaran datuk lagi.

“Saya tidak kisah dengan gelaran kerana saya masih Elvina Mohamad yang sama. Lagipun keputusan ini saya buat kerana memang sudah bersedia bergelar seorang isteri,” ujarnya ketika ditemui semasa sesi santai bersama pihak media anjuran Mind Order Management Sdn. Bhd. petang ini.

Elvina berkata majlis pernikahannya akan berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 18 Mac dan majlis persandingan pula pada 24 Mac di lokasi yang sama.

Ujarnya, acara merisik sudah dilakukan oleh pihak keluarga lelaki pada 16 Oktober 2017 dan pertunangan akan berlangsung sebelum majlis pernikahan nanti.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada popularitinya yang mungkin menurun selepas mendirikan rumah tangga nanti, Elvina menyatakan dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan.

Ujarnya, sekiranya rezeki dalam bidang lakonan sudah tidak lagi berpihak kepada dirinya, dia akan mencuba beralih kepada bidang yang lain pula.

“Saya bersyukur kerana suami langsung tidak menghalang saya meneruskan karier lakonan selepas berumah tangga nanti.

“Selepas habis majlis perkahwinan nanti pun saya akan kembali ke set penggambaran dan jadual saya kembali sibuk,” ujarnya.

Dalam pada itu, Haniff yang turut hadir berkata, beliau berkata Elvina merupakan seorang wanita yang caring dan bertanggungjawab terhadap komitmennya.

“Tentang kariernya sebagai pelakon pula, saya sudah memahami kerjaya lakonannya. Lagipun saya seorang yang sangat terbuka dan tak ada timbul rasa cemburu,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button