
Semalam telah viral cerita apabila Mohd Amin Yasin iaitu bekas suami kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih popular dengan panggilan Datuk Seri Vida telah menfailkan tuntutan hadhanah di Mahkamah Syariah Kota Bharu.
Ia merupakan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) dengan dua anaknya Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13 atau popular dengan panggilan Kacak.
Bagaimanapun, hari ini Datuk Seri Vida menerusi laman Instagram miliknya menyatakan rasa keliru terhadap perkara yang berlaku.
“SAYA KELIRU… DEAR ALL… Terima kasih atas perhatian semua yangg mengambil berat tentang *iSU* ini.
“Saya sendirii masih *terkejut dan *keliru* dengan isu ini.. Semua ini *Demi Keselamatan Anak2…* Saya akan maklumkan lebih lanjut selepas saya dapat sedikit *KETENANGAN*,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mohd Amin pula mendakwa kali dia bertemu dua orang anaknya itu kali terakhir pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak selama 15 minit sahaja.
Dia mengakui amat merindui kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Dato Seri Vida