Cerita ArtisHiburan

Sebelum Bergelar Isteri, Ayda Jebat Hadiahkan Sebuah Rumah Kepada Ibunya

Menjelang bergelar seorang isteri tidak lama lagi, pelakon popular Ayda Jebat telah menghadiahkan sebuah rumah buat ibunya yang terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam.

Menerusi perkongsiannya di Instagram miliknya, ia adalah impian yang ingin dicapainya sebelum dia mendirikan rumah tangga.

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya bagitau Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah. 

“Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malahan banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insyaallah…,” kongsinya.

Menurut Ayda, ibunya juga selalu berpesan supaya dia tidak terlalu bekerja kuat dah perlu berehat.

“Ma, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya & adik-adik. I love you. I will always takecare of you, walaupun saya dah kahwin nanti. Always and forever,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Ayda Jebat

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button