Cerita ArtisHiburan

“Sekarang Baru Saya Tahu Mana Kawan, Mana Lawan” – Elvina

Susulan berita penahanan suaminya oleh pihak polis sebelum ini, pelakon Datin Elvina Mohamad, 23, berkata dia turut mendapat hikmahnya yang tersendiri di sebalik perkara tersebut.

Menurut aktres muda itu, ada di kalangan rakan-rakannya yang bersikap busuk hati selepas mengetahui berita terbabit walaupun mereka langsung tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

“Apabila perkara ini terjadi baru saya tahu mana satu kawan dan mana lawan. Ada kawan yang baik dan busuk hati.

“Ada yang busuk hati siap cakap padan muka dan minta saya tinggalkan suami sedangkan mereka tidak tahu cerita sebenar,” luahnya kepada KopiPlanet.com.

Elvina atau nama sebenar, Norzalina Mohamad ditemui pada majlis rumah terbuka syarikat pengurusannya, Mind Order di Kach’e, Shah Alam baru-baru ini.

Menyifatkan perkara yang melibatkan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan, 32, itu sudah selesai, Elvina menjelaskan suaminya hanya dipanggil untuk membantu siasatan dan bukan seorang suspek seperti yang diperkatakan ramai.

“Dia bukanlah tertuduh seperti yang diperkatakan. Tapi hanya sekadar menjadi saksi bagi membantu siasatan.

“Kebetulan pihak tertuduh itu adalah rakan baiknya. Jadi, polis hanya ingin soal siasat rakan terdekat dan kes pun sudah selesai,” jelasnya yang enggan mengambil peduli  kata-kata negatif dilemparkan netizen terhadap suaminya.

Sementara itu, Elvina yang kini sedang hamil tiga bulan berkata dia akan berehat seketika daripada dunia lakonan sehingga melahirkan cahaya mata sulung yang dijangka pada Januari ini.

Elvina berkahwin dengan Hanif pada tanggal 18 Mac lalu di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur selepas dua tahun berkenalan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button