AntarabangsaHollywood

Selena Gomez Kembali Ke Pangkuan Justin Bieber?

Baru beberapa hari dilaporkan putus cinta dengan The Weeknd, Selena Gomez dilihat keluar beriadah dengan bekas teman lelakinya, Justin Bieber.

Kedua-dua mereka dilihat santai berbasikal di Los Angeles, semalam.

Perkhabaran itu menguatkan lagi khabar angin mendakwa Selena dan Justin, yang mendapat jolokan nama Jelena berkemungkinan kembali bercinta semula.

Selena Gomez bersama bekas kekasihnya, The Weeknd.

Selena dan The Weeknd dilaporkan berpisah disebabkan kesibukan kerjaya masing-masing sehingga menyebabkan mereka sudah lama tidak bersua muka.

Sebelum berhubungan dengan The Weeknd atau nama sebenarnya, Abel Tesfaye, Selena terlebih dahulu bercinta dengan Justin pada tahun 2010 namun hubungan mereka sering kali ‘on and off’ sehingga ia benar-berakhir pada 2013. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button