AntarabangsaHollywood

Selena Gomez Lega Justin Dah Bertunang Dengan Hailey Baldwin

Sudah tiga minggu sejak Justin Bieber mengumumkan pertunangannya dengan model Hailey Baldwin.

Yang paling terkejut dengan berita itu sudah pastinya bekas kekasih Justin, penyanyi dan pelakon Selena Gomez.

Walaupun terkejut dengan perkhabaran tersebut, namun Selena dikatakan gembira dengan berita tersebut dan mengharapkan pengakhiran yang baik buat Justin dan tunangnya.

Menerusi laporan satu tabloid, Selena dikatakan menghantar satu surat ucapan tahniah di atas berita gembira itu.

Selena juga dikatakan sangat lega yang Justin sudah bertunang kerana akhirnya percintaan ‘on and off’ dengan penyanyi lagu Sorry itu sudah pun ternoktah.

Selena, 26, sebelum ini sudah beberapa kali putus dan menyambung kembali percintaan dengan Justin dari tahun 2010 sehingga 2016. Ketika berpasangan, peminat memberikan jolokan nama Jelena kepada pasangan muda itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button