AntarabangsaHollywood

Senarai Aktres Kaut Pendapatan Tinggi Tahun Ini

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Oscar tahun ini, Emma Stone mendahului carta pelakon wanita yang memperoleh pendapatan paling tinggi tahun ini.

Emma yang mencipta kejayaan menerusi filem hit lakonannya, La La Land berjaya mengenepikan Jennifer Lawrence yang merupakan pendahulu carta sejak dua tahun berturut-turut sebelum ini.

Emma yang merupakan bekas kekasih aktor Andrew Garfield itu dilapor memperoleh pendapatan sebanyak US$26 juta (RM106 juta).

Sementara itu Jennifer Lawrence berada di kedudukan ketiga dengan pendapatan sebanyak US$24 juta (RM98 juta).

Hasil kekayaannya itu diperolehi menerusi kontrak kempen dengan jenama mewah Dior dan dua filem lakonannya, Mother dan Red Sparrow.

1. Emma Stone US$26 juta (RM106 juta)

2.  Jennifer Aniston US$25.5 juta (RM104 juta)

3.  Jennifer Lawrence US$24 juta (RM98 juta)

4.  Melissa McCarthy US$18 juta (RM74 juta)

5.  Mila Kunis US$15.5 juta (RM63 juta)

6.  Emma Watson US$14 juta (RM57 juta)

7.  Charlize Theron US$14 juta (RM57 juta)

8.  Cate Blanchett US$12 juta (RM49 juta)

9.  Julia Roberts US$12 juta (RM49 juta)

10. Amy Adams US$11.5 juta (RM46 juta) – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button