AntarabangsaKpop

Seohyun Dilantik Jadi Duta Festival Limau Pulau Jeju 2018

Disebabkan minatnya yang mendalam terhadap buah limau, penyanyi dan pelakon Seo Ju-hyun atau lebih dikenali dengan nama glamor Seohyun telah dilantik menjadi duta untuk Festival Limau Antarabangsa Pulau Jeju 2018.

Seohyun berkongsikan berita itu menerusi laman Instagramnya beserta gambar trofi yang mengangkatnya sebagai duta untuk festival tersebut.

Selebriti berusia 27 tahun itu sebelum ini memang dikenali seorang yang suka makan buah limau menerusi perkongsian di media sosial miliknya dan pelantikannya dilihat bertepatan dengan festival tersebut.

Seohyun memulakan kariernya dalam bidang seni dengan menyertai kumpulan K-Pop, Girls Generation pada 2007 dan selepas kumpulan itu berpecah, dia meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan menerusi drama pertama, Unstoppable Marriage yang dityangkan pada 2008. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button