• FOLLOW US
Filem, Trailer

Seram: Trailer Anak Perjanjian Syaitan Hantui Tidur Malam Anda!

Permintaan terhadap filem seram tempatan sememangnya mendapat tempat di hati penggemar wayang. Sehubungan itu, Screen Studios Sdn. Bhd. merebut peluang tersebut dengan menerbitkan filem seram Anak Perjanjian Syaitan yang pastinya meninggalkan pengalaman tonton menakutkan!

Dengan menonton trailer rasminya sahaja sudah pun menimbulkan atmosfera seram yang pastinya membuatkan anda tidak senang duduk!

Antara babak-babak yang pastinya menarik perhatian ialah adegan di mana bayi dihempap almari yang pastinya meninggalkan pengalaman traumatik selain kesan pencahayaan yang cukup kena dengan cerita seram ini.

Melihat keberkesanan trailer, penerbit memasukkan pelbagai babak menarik yang menjadi intipati kepada filem arahan Helmi Yusof ini.

Diperkuatkan dengan gaya lakon cemerlang Chacha Maembong, Nadzmi Adhwa, Jasmin Hamid, Shahrulnizam Noor dan Azlan Komeng, naskhah hebat ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 24 Oktober ini. – KopiPlanet.com

Sinopsis Anak Perjanjian Syaitan:

Anak Perjanjian Syaitan mengisahkan tentang Cikgu Zaidy (Nadzmi Adhwa) dan isterinya, Azlinda (Chacha Maembong) yang sudah tujuh tahun berkahwin, tetapi tidak mempunyai cahaya mata. Mereka berdua sentiasa ditekan oleh ibu Cikgu Zaidy iaitu Puan Rahmah (Jasmin Hamid) seorang janda kaya kematian suami yang terlalu ingin menimang cucu. Cikgu Zaidy selalu didesak supaya berkahwin lain dan Azlinda sentiasa dicemuh oleh ibu mertuanya itu.

Kemudian Cikgu Zaidy memohon untuk berpindah tempat kerja supaya memperoleh ketenangan dan ditempatkan di sebuah kampong di daerah kelahiran arwah bapanya. Mereka tinggal di rumah pusaka nenek Cikgu Zaidy. Rumah pusaka yang terpencil dan menyeramkan itu dijaga oleh tukang kebun, Pak Man (Shahrulnizam Noor) dan sudah tidak didiami selama lebih lima tahun.

Sejak berpindah ke rumah tersebut, Azlinda sering menerima gangguan berupa suara bayi dan kanak-kanak bermain yang sering menghantuinya sehingga dia histeria dan pengsan. Apabila di bawa ke klinik, Azlinda telah disahkan hamil oleh doktor.

Bagaimanapun, setelah disahkan hamil, Azlinda masih sering diganggu lagi, mimpi yang aneh dan perutnya yang tiba-tiba membesar secara luar biasa. Sehingga suatu hari semasa diganggu dia berlari keluar dan hampir dilanggar oleh jirannya yang ‘misteri’. Apakah kesudahannya, jangan lupa tonton filem Anak Perjanjian Syaitan di pawagam seluruh negara pada 24 Oktober 2019. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend