AntarabangsaKpop

Sering Dibuli Rakan Sekumpulan, Shin Mina Cuba Bunuh Diri?

Cubaan bunuh diri seorang wanita yang juga bekas anggota kumpulan K-Pop gagal selepas dia sempat diselamatkan pihak berkuasa ketika dia cuba untuk terjun dari Jambatan Seongsan, Seoul semalam.

Menurut pihak polis, mereka menerima laporan seorang wanita yang dikenali sebagai Shin berusia dalam awal 20-an berdiri di atas penghadang jambatan cuba untuk terjun. Polis kemudiannya bergegas ke tempat kejadian bagi menggagalkan cubaan bunuh diri oleh selebriti tersebut.

Walaupun polis tidak memberikan butiran lanjut mengenai nama penuh wanita tersebut, namun ramai peminat beranggapan individu tersebut ialah salah seorang ahli kumpulan iLUV, Shin Mina.

Pada Julai lalu, Shin Min pernah menggemparkan industri selepas dia mengakui sering dibuli oleh bekas ahli kumpulannya.

Susulan pengakuannya itu, bekas rakan sekumpulannya serta pihak pengurusan mereka bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button