• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Sering Tampil Dengan Gaya Tersendiri, Gwen Stefani Diiktiraf Ikon Fesyen

Penyanyi Gwen Stefani sememangnya terkenal dengan gaya fesyennya yang tersendiri malah gayanya sering menjadi ‘trend setter’ di kalangan peminatnya.

Terbaharu, juri program The Voice ini telah dianugerahkan trofi khas, Ikon Fesyen menerusi majlis anugerah 2019 E! People’s Choice Awards yang berlangsung di Barker Hangar, Santa Monica, Los Angeles hari ini.

Ketika menerima trofi yang disampaikan oleh Jeremy Scott itu, Gwen menyatakan keterujaannya menerima anugerah tersebut yang sama sekali tidak pernah diimpikan olehnya.

“Saya tidak percaya saya dapat menggenggam anugerah ini. Saya memang suka berfesyen dari dahulu dan apabila menerima trofi khas ini, ia adalah satu perkara yang saya sama sekali tidak jangkakan,” katanya yang hadir ke majlis tersebut bersama kekasih, Blake Shelton yang juga merupakan juri program The Voice.

Selain Gwen, anugerah itu turut memberi pengiktirafan kepada pelakon Jennifer Aniston yang menerima trofi People’s Icon Award dan penyanyi Pink yang membawa pulang trofi People’s Champion Award. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend