Cerita ArtisHiburan

Sering Terpalit Dengan Isu Kontroversi, Jumlah Followers Instagram Neelofa Alami Penurunan

Ketika ini, nama pengacara dan usahawan popular Neelofa kerap menjadi sebutan setelah sering terpalit dengan beberapa isu kontroversi.

Ternyata, ia dilihat turut memberi sedikit kesan terhadap selebriti berkenaan apabila jumlah followers di Instagram miliknya mengalami penurunan.

Jika sebelum ini jumlah followersnya adalah sebanyak 8.6 juta, yang terkini ia telah menurun menjadi 8.5 juta sahaja.

Namun begitu, setakat ini Neelofa masih lagi menjadi artis Malaysia yang mempunyai jumlah followers yang paling tinggi.

Sementara itu, berhubung isu tidak memakai face mask ketika hadir ke Mahkamah Seremban baru-baru ini, pengacara berkenaan baru sahaja hadir memberi keterangan di IPD Seremban hari ini.

Ujar Neelofa, dia tidak boleh mengulas panjang mengenai hal berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.

“Pihak kami dah berikan sepenuhnya kerjasama kepada pihak polis dalam menyelesaikan kes ini. Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar.

“Tak banyak yang boleh saya ulas tentang hal ini memandangkan kes masih lagi dalam siasatan. Insyaallah jika ada perkembangan, pihak saya ataupun pihak polis akan maklumkan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
3
+1
3
+1
6
+1
3
+1
17
+1
10

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button