Cerita ArtisHiburan

Setelah Ditahan Reman, Pendakwah & Penyanyi Berdepan Tuduhan Cabul

Setelah ditahan reman, pendakwah bebas yang juga seorang penyanyi berhadapan satu lagi tuduhan cabul apabila satu laporan polis telah dibuat terhadapnya oleh seorang wanita.

Difahamkan, laporan polis berkenaan telah dibuat oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang juga merupakan pelajar di sebuah kolej tempatan.

Dalam laporan berkenaan, mangsa mendakwa dirinya telah dicabul oleh sorang lelaki (figura awam) berusia 25 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian tersebut berlaku pada 17 Oktober lalu kira-kira pukul 1 pagi.

“Mangsa telah dipelawa oleh suspek untuk ke rumahnya di kawasan Damansara Perdana dengan tujuan untuk mengajarnya ilmu pemasaran perniagaan.

“Ketika di rumah suspek, mangsa telah dicabul dan dipaksa untuk melakukan seks oral,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami trauma dan kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Tambahnya, suspek masih ditahan reman oleh polis berkenaan dengan satu lagi kes berlainan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol) sehingga esok. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button