• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Bakal Dapat Anak Perempuan

Pelakon Syatilla Melvin, 28, menerusi laman Instagramnya berkongsikan khabar gembira dia dan suami, Shaheizy Sam bakal menimang bayi perempuan yang dijangka dilahirkan pada April ini.

Menerusi entri tersebut, aktres Selafaz Cinta itu turut memuat naik foto imbasan ultra menunjukkan bayi yang dikandungnya sempat menjelirkan lidah.

“Alhamdulillah, Mat Yip (Sheriv Samheizy) nak dapat adik girl. Syukur atas rezeki ini ya Allah,” tulis Syatilla.

Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki, Syeriv Samheizy yang juga dikenali sebagai Mat Yip. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Syatilla Melvin

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend