• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Sharnaaz Ahmad Didenda RM1,200 Tumbuk Bangla

Pelakon filem ‘Juvana’ Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sharnaaz Ahmad, didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan cara menumbuk seorang pekerja kelab golf warga Bangladesh.

Memetik laporan Bernama, Majistret Mahyudin Mohmad Som turut memerintahkan pelakon berusia 32 itu menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Sharnaaz Ahmad yang juga popular menerusi drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ dan ‘Suamiku Encik Sotong’ membayar denda itu. Pelakon itu kelihatan bersahaja sepanjang prosiding kes itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap Gous Ali di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di Taman Tun Dr Ismail, Brickfields, pada 5.30 petang, 22 Julai 2017 mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend