Setiap insan sudah pasti mempunyai perasaan yang sukar untuk menyesuaikan diri menjalani kehidupan tanpa orang yang tersayang, lebih-lebih lagi apabila kehilangan ibu buat selama-lamanya.
Bagi pelakon Sheila Mambo, 56, dia meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibu sehingga muncul mimpi ketika tidur seketika di lokasi pengambaraan.
Menerusi Instagram milik Sheila yang berkongsi video ketika menziarahi kubur arwah ibunya yang jelas menunjukkan dia sunyi tanpa kehadiran ibu tersayang.
Malah, Sheila turut memohon dirinya diberi kekuatan dan semangat untuk terus bangun menjalani kehidupan harian.
Terdahulu, ibu Sheila meninggal dunia jam 5.15 petang pada awal Februari lalu akibat diserang strok sebelum menghembuskan nafas terakhir. – KopiPlanet.com