Cerita ArtisHiburan

Shiha Belum Terfikir Hijrah Ke Indonesia, Hargai Peminat Di Sini

Penyanyi kecil molek, Shiha Zikir belum terfikir untuk terus berhijrah dan menetap di Indonesia biarpun kerjaya nyanyiannya dilihat lebih berkembang di sana daripada di Malaysia.

Menurut Shiha, 29, dia merasakan perlu terlebih dahulu mengukuhkan kedudukannya dalam industri seni tanah air sebelum memulakan langkah di negara luar.

“Walaupun saya dilihat agak menyinar di negara jiran tapi nampaknya masih belum rezeki saya di sini. Saya tak tahu apa silapnya tapi saya percaya rezeki masih belum berpihak pada saya.

“Walaupun begitu, saya tetap berpuas hati dengan apa yang sudah saya capai setakat ini. Bagi saya yang popular tidak semestinya bagus dan begitu juga sebaliknya.

“Lagipun saya sangat menghargai peminat di tanah air yang selama ini tidak henti-henti memberikan sokongan buat kerjaya seni saya,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Shiha ditemui pada majlis sidang media Todak Fest yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Shiha kini bakal tampil dengan single terbaharu bergenre dangdut, Pipiyama yang akan dilancarkan awal bulan depan.

“Walaupun saya tidak berapa menggemari dangdut tapi saya cuba juga untuk luaskan pasaran di Indonesia. Kiranya saya bawakan dangdut versi sopan,” katanya berseloroh.

Nama Shiha mula menyinar di Indonesia apabila dia terlibat sebagai peserta Dangdut Academy Asia musim ketiga, tahun lalu. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Shiha Zikir

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button