AntarabangsaKpop

Shin Min Ah & Kim Woo Bin Cuti Bersama Di Australia

Hampir empat tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Shin Min Ah dan Kim Woo Bin dilihat begitu selesa meluangkan masa bersama-sama di Australia baru-baru ini.

Menerusi gambar-gambar yang diambil, pasangan kekasih ini dilihat telah bertemu janji secara rahsia di Australia yang sekaligus telah mendapat perhatian netizen serta pengguna laman sosial.

Min Ah dan Woo Bin juga dilihat begitu gembira meluangkan masa mereka berdua bersama-sama. Hal ini dibuktikan menerusi aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan ketika percutian itu seperti makan tengahari bersama serta berjalan ke tempat menarik di negara Kanggaru itu.

Woo Bin berehat seketika dalam bidang seni selepas disahkan menghidap penyakit kanser hidung pada Mei 2017 manakala Min Ah akan kembali ke layar perak menerusi filem terbaharunya, Diva pada awal tahun ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button