AntarabangsaHollywood

Singgah Indonesia, Celine Dion Bawa Tukang Masak Peribadi

Penyanyi antarabangsa, Celine Dion mempunyai permintaan tersendiri bagi menjayakan konsert di Indonesia yang dijadualkan berlangsung Julai ini.

Memetik Kapanlagi.com, Celine akan menerbangkan tukang masak peribadinya memandangkan pihak hotel penginapannya tidak dapat menyediakan menu seperti mana yang dimintanya.

Susulan itu, pelantun lagu My Heart Will Go On itu turut meminta pihak hotel menyediakan satu dapur khas di hotel untuk kegunaan tukang masaknya nanti.

Selain membawa tukang masak peribadi, Celine turut meminta pihak penganjur menyediakan dekorasi berwarna putih dan bunga yang tidak beraroma di kawasan belakang pentas.

Konsert Celine Dion Live in Jakarta 2018 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sentul pada 7 Julai nanti.

Untuk konsert jelajah Asia kali ini, Celine hanya singgah di Indonesia, Jepun, Taiwan dan Filipina bagi menemui peminat setianya di benua Asia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button