• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Single Kuasa Papar Kerakusan Manusia Mengejar Hal Duniawi

Penyanyi dan rapper yang baharu sahaja diijabkabulkan, Joe Flizzow kini telah tampil dengan single terbaharu bersama Azlan Typewriter berjudul Kuasa.

Menceritakan lebih lanjut mengenai single tersebut, Joe berkata single terbaharunya itu cukup istimewa dengan cerita yang tersendiri.

“Saya telah menulis lagu ini dua tahun yang lalu kerana merasakan bahawa kita semua ini berada di dunia distopia. Satu masa di mana kekuatan yang ada, tidak akan berhenti sama sekali untuk memenuhi kerakusan dan nafsu mereka.

“Namun pada masa yang sama lagu ini adalah seruan untuk bertindak agar pendengar saya sedar dan melengkapkan diri dengan ilmu sehingga dapat menghadapi perjuangan dengan lebih bersedia,” jelasnya.

> Baca: Azlan Tak Kisah Bekerja Dengan BBNU, Tertarik Lirik Nukilan YonnyBoii

Kuasa merupakan single pertama yang dipetik daripada album ketiga Joe Flizzow yang bakal diterbitkan pada akhir tahun ini.

“Selain itu, lagu ini juga merupakan peringatan kepada semua bahawa kesenangan pasti datang selepas kesusahan,” katanya.

Peminat kini boleh mendengar lagu Kussa menerusi semua platform penstriman muzik digital seperti Spotify, Joox dan KKBox.

Sementara itu, muzik video rasmi single ini yang diarahkan Zulamran Hilmi ini sudah boleh ditonton di saluran YouTube. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend