Cerita ArtisHiburan

Single Sing Me Home Berdasarkan Kisah Peribadi Daniel Fong

Walaupun masih belum dikenali ramai dalam industri di negara ini, pelakon dan penyanyi kacak berbangsa cina yang baru meningkat naik, Daniel Fong Weng Chuan, 25 atau lebih dikenali sebagai Danial Fong telah melancarkan single terbarunya yang berjudul Sing Me Home, semalam.

Menurut Daniel, single terbaru tersebut cukup berkait rapat dengan kisah peribadinya. Selain itu, Daniel turut menjelaskan bahawa gubahan lagu tersebut sememangnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kisah cinta jarak jauh yang pernah dilaluinya sebelum ini.

“Saya ada bagi tahu untuk menulis lagu yang ada kaitan dengan saya.

“Kemudian, Gabriel Lynch cadangan sesuatu yang berkaitan dengan kisah peribadi saya.

“Saya bersetuju, jadi saya ceritakan kepadanya dengan lebih terperinci mengenai kisah cinta jarak jauh yang saya lalui kepadanya”, katanya kepada KopiPlanet.com

Daniel ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu single “Sing Me Home” yang berlansung di Red Box Plus, Pavillion Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Apabila ditanya dengan lebih lanjut mengenai perkembangan lanjut kisah cinta jarak jauhnya itu, Daniel memaklumkan kisah tersebut berlaku enam tahun lepas dan enggan mengulas dengan lebih terperinci.

“Sebenarnya kisah cinta jarak jauh ini pada tahun 2013. Sekarang saya kahwin dengan kerja dulu,” – katanya sambil berseloroh.

Disamping itu, Daniel turut memaklumkan punca dia memilih kisah cinta berbanding kisah lain menerusi single terbarunya ini disebabkan salah satunya kisah tersebut cukup memberi kesan yang mendalam kepadanya – Kopiplanet.com

Artikel : Nur Fatin Marzuki & Syafiqah Othman
Pelajar praktikal UITM Puncak Perdana

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button