• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Siti Nurhaliza Ambil Tindakan Undang-Undang Jika Ada Komen Melampau

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan dia dan pihak pengurusannya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen melemparkan komen yang boleh menjatuhkan maruah dirinya di medium media sosial miliknya.

Siti berkata dia melihat perkara itu sebagai salah satu cara terbaik bagi memberi pengajaran kepada netizen agar lebih berhati-hati dalam meninggalkan komen.

“Kali ini saya tak nak bagi muka terhadap netizen yang mana komen terlalu melampau kita akan ambil tindakan undang-undang. Bagi saya, kalau dah melampau sehingga tahap menjatuhkan maruah saya, mungkin saya akan ambil tindakan.

“Sebelum ini kita terlalu memberi muka kepada orang untuk tulis sesuka hati dan selepas pengurus saya Kak Rozi muat naik status sedemikian mungkin tiada lagi yang berani nak tulis komen yang bukan-bukan.

“Kita dah ada undang-undang yang mana mengajar mereka (netizen) agar jangan sesuka hati maki atau mengutuk sehingga menjatuhkan maruah seseorang itu,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Siti ditemui pada majlis sidang media Kempem SimplySiti Di Hati 2019 yang berlangsung di Hotel New World, Petaling Jaya semalam.

Pengurus Siti, Rozi Razak sebelum ini ada memuat naik satu status mengatakan pihaknya akan mengambil pendekatan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang meninggalkan komen melampau terhadap Siti di medium media sosial miliknya.

Siti turut menambah, tindakan undang-undang uamh dibuat pelakon Jasmin Hamid akhirnya berjaya membuka mata untuk netizen lebih berhati-hati dalam berkata-kata di alam maya.

“Bila mereka (netizen) tengok apa yang Kak Jasmin buat itu, baru mereka tahu agar jangan berselindung di sebalik nama dan akaun palsu.

“Ia beri pengajaran kepada mereka agar lebih beralas dalam memberi komen selepas ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, menerusi kempen SimplySiti Di Hati 2019, Siti membantu mengumpul dana bagi lima kanak-kanak Mugilan A/L Ramesh Rao, Sian Wan Ying, Nurul Syamimi Ahmad Paridon, Auni Insyirah Muhammad Firdaus Hilmi, Nur Auni Mardhiyah Ahmad Hanafi yang mengidap penyakit jantung.

Mereka dijadual menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dengan anggaran kos sebanyak RM70,000. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend