Cerita ArtisHiburan

Siti Nurhaliza Beri Amaran Kepada Scammer Padam Akaun Guna Nama & Gambarnya

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi amaran supaya individu scammer yang menggunakan nama dan gambarnya tanpa kebenaran.

Menerusi perkongsian di Instagram milik beliau, Siti menegaskan perbuatan tersebut boleh mendatangkan fitnah dan reputasinya. 

“Siapa pula yang guna nama dan gambar saya, buat akaun dan cuba nak scam orang ni? Saya tegaskan ini bukan akaun saya dan siapa yang membuat akaun ini, menipu dan memperdaya orang, saya harap hentikan perbuatan ini. Jom kita report akaun ini beramai-ramai.

“Jangan ambil kesempatan kepada orang lain dan menggunakan nama dan gambar saya pula, ini bukan sahaja mendatangkan fitnah tetapi reputasi saya juga,” tulis beliau.

Menurut Siti, akaun berkenaan cuba menipu orang ramai dengan menawarkan wang tunai, memberikan cara dan syarat untuk mendapatkan wang tersebut.

Jelas beliau, pada zaman ini orang ramai perlu membuka minda supaya tidak terpedaya dengan scammer.

“Kepada pemilik akaun ini, sila padamkan akaun  anda atau kami kenakan tindakan tegas.

“Kalian jangan terpedaya kerana saya hanya ada satu akaun rasmi sahaja iaitu @ctdk, tidak ada akaun lain,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button