• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Siti Nurhaliza Dedikasi Lagu Kuasa Cintamu Nukilan Liriknya Buat Aafiyah

Penyanyi no. 1 negara Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya melunaskan janjinya kepada peminat setia dengan menerbitkan album studio solonya yang ke-18, Manifesta Siti 2020.

Menurut Siti, album itu merupakan antara naskhah terbaik yang pernah dihasilkan oleh pasukannya sepanjang lebih 24 tahun beliau berkecimpung dalam industri hiburan tempatan.

Yang lebih menarik, terdapat sebuah lagu berjudul Kuasa Cintamu yang mana Siti mendedikasikan lirik nukilannya buat puteri kesayangannya, Siti Aafiyah Khalid yang kini sudah mencecah usia dua tahun.

“Sebenarnya semua lagu saya suka tapi kalau ikut sentuhan peribadi itu saya suka lagu Kuasa Cinta sebab lagu itu saya tulis buat anak saya, Aafiyah.

“Dalam lagu itu, saya luahkan segala perasaan dan emosi sepanjang penantian saya mendapatkan Aafiyah rasa bersyukur apabila doa saya dimakbulkan Allah SWT untuk dikurniakan cahaya mata.

“Selain itu, saya juga suka dengan lagu Tertulis Nama Kita yang juga saya tulis liriknya. Lagu-lagu ini semua membawa maksud saling menghargai dan berkasih sayang antara satu sama lain,” kata Siti.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album Manifesta Siti 2020 yang diadakan di Khan’s Indian Cuisine, The Sphere, Bangsar South, hari ini.

> Baca: Siti Nurhaliza Tampil Dengan Basyirah, Selitkan Unsur Timur Tengah

Manifesta Siti 2020 menampilkan sebanyak 11 buah lagu pelbagai genre yang membariskan ramai komposer dan penulis lirik terkenal.

Antaranya Hael Husaini, Ippo Hafiz, Ikhwan Fatanna, Ahmad Fedtri Yahya, Hafiz Hamidun serta penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.

Siti turut memberikan nafas baharu terhadap satu lagu lagenda Allahyarham Sudirman berjudul Teratai Menjelma sebagi tribute kepada idolanya itu.

“Lagu Teratai Menjelma itu saya suka sebab ia menampilkan elemen muzik inang. Sukar juga pada mulanya sebab kalau kita nak rakam semula lagu lama, kita kena buat sehabis baik. Kalau boleh tak nak lah buat sesuatu yang boleh merosakkan kerjaya kita kan,” ujarnya.

Manifesta Siti 2020 mengandungi lagu seperti Anta Permana, Terang, Aku Bidadari Syurgamu, 7 Nasihat, Kuasa Cintamu, Teratai Menjelma, Tertulis Nama Kita dan Basyirah. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Aqo Imran

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend