
Siti Sarah Pening Nak Pilih Pelakon Lelaki Untuk Muzik Video
Single terbaharu Siti Sarah berjudul Semakin kini sering kali menjadi perhatian peminat muzik tanah air lebih-lebih lagi selepas ia berjaya melayakkan diri menjadi finalis untuk Anugerah Juara Lagu ke-33.
Susulan sambutan hangat terhadap lagu tersebut, Sarah kini berhasrat membuat satu muzik video bagi lagu tersebut.
Meminta pandangan daripada peminatnya di laman Instagram, kebanyakannya mencadangkan nama ramai pelakon lelaki popular masa kini yang sering kali menjadi siulan peminat.
Antara nama yang tersenarai antaranya, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Zul Ariffin, Fattah Amin dan Fikry Ibrahim.
Bukan hanya nama aktor-aktor kacak itu sahaja yang tersenarai, malah suami Sarah, Shuib turut mendapat permintaan ramai termasuk pelawak terkenal, Abam Bocey dan Jep Sepahtu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sarah, dia sudah menyingkirkan nama suaminya daripada senarai tersebut dan masih lagi memikirkan siapakah calon yang sesuai untuk membintangi muzik videonya itu.
Untuk rekod, klip muzik video lirik Semakin kini sudah mencatatkan lebih daripada 10 juta tontonan di laman Youtube. – KopiPlanet.com



