• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Som Hye In Buat Pendedahan Mengejut Akui Seorang Biseksual

Pendedahan mengejut pelakon Som Hye In mengenai orientasi seksnya yang mana dia merupakan seorang biseksual menerima pelbagai kritikan daripada warga net terutama dari Korea Selatan.

Menurut Hye In, dia mempunyai sebab tersendiri kenapa mahu mendedahkan perkara itu kepada umum. Hye In menerusi Insta-Story menulis, “Saya seorang biseksual dan mempunyai teman wanita.” Biseksual merupakan individu yang mempunyai naluri seks terhadap lelaki dan perempuan.

“Saya kini berada dalam sebuah hubungan yang indah dan ia tidak salah. Saya berani buat pendedahan ini tapi saya bukan buat perkara ini untuk dapatkan perhatian. Siapa sahaja yang akan main-main mengenai isu sebegini?

“Orang di luar sana mungkin boleh benci hubungan sejenis. Itu adalah pegangan masing-masing dan saya tidak paksa untuk setiap orang faham atau terima orang homoseksual. Saya tidak sangka dapat perhatian sebesar ini sebaik sahaja saya mengaku biseksual. Saya cuma mahu berterus-terang yang saya kini sedang bercinta, sama seperti orang lain di luar sana.

“Saya tidak mahu golongan sama seperti saya terluka dan ia adalah tugas saya untuk melindungi komuniti kami. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada artikel atau video yang membuat spekulasi mengenai pendedahan saya,” katanya.

Hye In, 22, mula memasuki industri hiburan Korea sejak membintangi rancangan tv, Mnet pada 2007 namun dia terpaksa menarik diri berhubung masalah kesihatan. Sejak itu, dia mula mendapat pelbagai tawaran lakonan sehingga menjadikannya salah seorang pelakon muda yang semakin menyinar. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend